Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Inisiatif pembelajaran bagi pelajar yang memerlukan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Seramai 70 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim, orang yang kurang berkemampuan dan yang memerlukan bantuan di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah terpilih mengikuti Program Curahan Ilmu 2022.

    Program diungkayahkan oleh Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara sebagai inisiatif untuk membantu dan meningkatkan prestasi pembelajaran golo-ngan anak-anak yang memerlukan.

    Sehubungan itu, majlis taklimat mengenai program berkenaan telah diadakan di Dewan Teater PM Dato Shariffuddin, Arkib Negara, Jabatan Muzium-Muzium, KKBS, baru-baru ini, yang turut diikuti secara langsung dalam talian oleh pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti kelas tuisyen percuma di bawah program berkenaan di samping ibu bapa atau penjaga mereka.

    Taklimat bertujuan untuk memperkenalkan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar-pelajar mengenai program berkenaan yang diadakan buat kali kelima dan pelaksanaannya serta persediaan yang perlu dilakukan sebelum dan semasa menduduki kelas tuisyen yang akan ditetapkan.

    Para pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran selama 10 bulan bermula 13 Februari ini yang dilaksanakan secara maya pada peringkat awal dan diikuti dengan penempatan kelas pembelajaran di Sekolah Rendah Dato Mohamad Yassin, Mentiri dan di kediaman pengerusi bersama program berkenaan, Dayang Fatimah binti Haji Jamil dengan mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.

    Antara mata pelajaran yang akan disediakan kepada para pelajar ialah Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Inggeris.

    Dayang Fatimah yang juga selaku ketua Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan MPK Panchor Mengkubau, berkongsi pencapaian keputusan pelajar-pelajar program tahun lepas dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) di mana mereka memperolehi keputusan sangat cemerlang iaitu 10 orang telah mendapat 5A, 26 orang memperolehi 4A, dan selebihnya 3A dan 2A.

    Hanya seorang sahaja yang mendapat 1A dan seorang tidak mendapat A namun telah lulus dalam peperiksaan tersebut.

    Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa, dalam usaha untuk mempertingkatkan langkah kewaspadaan dan keselamatan pelajar-pelajar berkenaan semasa menjalani sesi pembelajaran,semua penuntut perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) sebelum memasuki sekolah berkenaan.

    Majlis Taklimat Program Curahan Ilmu 2022 yang telah diadakan di Dewan Teater PM Dato Shariffuddin, Arkib Negara, Jabatan Muzium-Muzium, KKBS, baru-baru ini, turut diikuti secara maya oleh pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti kelas tuisyen percuma di bawah program berkenaan. – Gambar serahan MPK RPN Panchor Mengkubau.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...