Inisiatif petugas barisan hadapan

Penduduk di Daerah Belait mungkin pernah terserempak dengan lelaki tidak bekerja (kiri) ini yang merayau-rayau di jalan-jalan di Kuala Belait. Sekumpulan petugas barisan hadapan diketuai oleh Awang Mohammad Yunos bin Haji Pungut (kanan) telah mengambil inisiatif membawa lelaki itu ke Pusat Vaksinasi Belait di Hospital Suri Seri Begawan untuk divaksin.

Meskipun berdepan kesukaran dalam proses pendaftaran, mereka berjaya meneruskan suntikan vaksin ke atasnya selepas keputusan ujian pantas antigen (ART) lelaki itu negatif.

Menurut Awang Mohammad Yunos, lelaki itu tampak berkelakuan aneh tetapi tidak membahayakan orang lain. – Gambar oleh E.Zaini