Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Inisiatif tarik pengunjung ke Daerah Temburong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Sebagai salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan produk pelancongan di Daerah Temburong, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melaksanakan Projek Pembangunan Sebuah Restoran Menggunakan Kaedah Perkongsian Swasta Awam (PPP) di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi.

    Majlis peletakan batu asas bagi projek berkenaan telah diadakan di taman rekreasi berkenaan, hari ini, di mana hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis peletakan batu asas tersebut ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

    Projek berkenaan juga bertujuan untuk menjadikan Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi sebagai salah satu destinasi ekopelancongan yang mempunyai lokasi yang strategik dan mudah untuk dikunjungi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, KSSUP melalui Jabatan Perhutanan telah melantik syarikat arkitek AND-AK Studio bagi penyediaan reka bentuk bangunan restoran yang dianggarkan bernilai $450,000 di atas kawasan tanah seluas 0.48 ekar di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi.

    Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Syarikat Bundayana Contractor Sdn Bhd sebagai pemaju untuk membangun restoran tersebut.

    Projek berkenaan telah mendapat sokongan padu daripada beberapa pihak berkepentingan termasuk Pejabat Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan pihak Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT).

    Melalui projek berkenaan, ia diharap akan dapat menambahkan lagi pengunjung ke Daerah Temburong secara amnya dan ke Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi secara khasnya.

    Hajah Tutiaty menyempurnakan peletakan batu asas bagi Projek Pembangunan Sebuah Restoran Menggunakan Kaedah PPP di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi. – Gambar serahan KSSUP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...