Inkues Nora Anne ambil masa tiga jam

SEREMBAN, 13 OGOS – Persiapan bagi prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, bermula hari ini dengan Koroner Maimoonah Aid melawat  pusat peranginan, The Dusun Resort, iaitu tempat penginapan mangsa bersama keluarganya, tahun lepas.

Koroner Maimoonah tiba pada 9:15 pagi bersama beberapa pihak berkepentingan dalam kes berkenaan yang mendapat liputan meluas pihak media, sebelum lawatan berakhir pada 12:15 tengah hari.

Koroner Maimoonah sebelum ini menetapkan prosiding inkues selama dua minggu bermula 24 Ogos hingga 4 Sept dengan seramai 64 orang saksi akan dipanggil. – Bernama