Innophys lancar sut robotik di Malaysia

TOKYO, 5 APRIL – Syarikat Innophys Co Ltd yang berpangkalan di Tokyo telah menempatkan produk tersebut di pasaran Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mempromosikan penjualan siri Muscle Suit itu ke luar negara.

Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang pertama menjadi pilihan Innophys untuk menjual produk tersebut.

Syarikat itu berhasrat untuk memanfaatkan potensi permintaan bagi Muscle Suit Every dari sebilangan besar pekerja di industri pembuatan dan logistik di Malaysia di mana pekerja sering meletakkan beban yang berat di bahagian belakang mereka.

Lebih-lebih lagi, syarikat itu menjangkakan permintaan untuk produk tersebut akan berkembang di industri penjagaan perawatan tempatan.

Dengan berlatar-belakangkan faktor-faktor ini, Innophys telah memilih untuk bekerjasama dengan ejen jualan tempatan untuk memasarkan produk tersebut di Malaysia.

Muscle Suit Every adalah sejenis sut robotik untuk meringankan beban di bahagian belakang pekerja ketika mereka melakukan kerja berat, seperti mengangkat seseorang atau barang yang berat, dan menjaga postur membengkok ke hadapan. Kapasiti Muscle Suit Every untuk membantu orang adalah sehingga 25.5kg dengan dan beratnya hanya 3.8 kilogram.

Setakat akhir Disember 2020, siri Muscle Suit itu telah terjual lebih dari 16,000 unit. Peranti itu boleh digunakan di pelbagai tempat kerja, termasuk pembuatan, pertanian, penjagaan perawatan, logistik dan pembinaan, memandangkan otot tiruannya menggunakan udara termampat untuk memberikan daya bantuan tanpa bergantung kepada kuasa elektrik. – Bernama

Innophys Co Ltd mengeluarkan sut robotik membantu kerja yang boleh dipakai ‘Muscle Suit Every’ di Malaysia pada 5 April.