Inokulasi 90% bagi pembukaan semula

CANBERRA, 5 NOV – Meskipun penduduk kini bebas mengembara di kawasan lebih padat penduduk di Australia, Australia Barat yang bebas COVID-19 akan mengekalkan sekatan sehingga tahun depan, kata ketua negeri itu hari ini.

Australia Barat merupakan negeri terbesar, meliputi satu pertiga darat Australia dan mempunyai kadar inokulasi terendah, sebahagiannya kerana jangkitan rendah dan kehidupan di sana agak normal sepanjang pandemik.

Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan hari ini menetapkan sasaran vaksinasi 90 peratus populasi berusia 12 tahun dan ke atas bagi melonggarkan sekatan sempadan yang menurutnya boleh dicapai lewat Januari atau awal Februari.

Ia merupakan satu-satunya negeri di Australia yang tidak berhasrat membuka semula sempadannya tahun ini, berbanding kawasan lain Australia yang bebas melakukan perjalanan selepas larangan perjalanan dibatalkan baru-baru ini. – AP