Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Inovasi atasi masalah bekalan air

    KOTA KINABALU, 10 MAC – Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan melaksanakan pelbagai projek inovasi membabitkan peruntukan RM350,000 bagi mengatasi masalah bekalan air yang serius di kampus universiti itu.

    Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata peruntukan itu antara lain bagi pelaksanaan projek inovasi bekalan sumber air dalaman seperti air graviti, air bawah tanah dan air hujan. 

    Katanya pasukan projek itu diketuai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Dr Rosalam Sarbatly, bersama Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS, serta tenaga pakar dan ahli akademik daripada Fakulti Kejuruteraan UMS.

    “Usaha menjalankan proses penapisan air bersih ini juga akan dibantu oleh para penyelidik UMS yang berkemahiran dan berkepakaran dalam bidang ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau pihak pengurusan tertinggi UMS amat memandang serius isu bekalan air yang kerap dihadapi oleh warga kampus.

    “Kesannya bukan sahaja memberi impak kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman, tetapi juga kepada kakitangan yang berada di premis pejabat,” katanya. – Bernama

    UMS bakal menjalankan pelbagai projek bagi mengatasi masalah bekalan air di kampus universiti itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...