Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Inovasi pam sedut madu kelulut percepatkan proses tuai madu

    SEPANG – Pengalaman mengusahakan ternakan lebah kelulut beberapa tahun lepas memberi idea kepada Mohd Ismail Mohtar untuk mencipta pam penyedut madu yang mampu mempercepatkan proses pengambilan madu, selain mudah dikendalikan, dan pada harga mampu milik.

    Pemuda berusia 33 tahun itu berkata, setakat ini beliau sudah mencipta tiga jenis pam penyedut madu kelulut yang diperkuat dengan motor berkuasa bateri, dan setiap satu dibezakan berdasarkan saiz balang bagi mengisi madu kelulut yang disedut.

    Pemegang ijazah Kejuruteraan Mekatronik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berkata pam jenis ‘Cute Portable Sling Pump’ dengan kekuatan dua motor itu dilengkapi balang madu berkapasiti 250 mililiter dan menggunakan ‘powerbank’ berkuasa 10,000 ‘milliamps per hour’ (mAh).

    Menurutnya bagi jenis ‘Giant Portable Sling Pump’ pula, ia mempunyai ciri sama tetapi kapasiti balangnya lebih besar iaitu tiga liter manakala jenis ‘Jumbo Portable Sling Pump’ mempunyai kuasa sedutan madu lebih kuat kerana dilengkapi empat motor dan dua ‘powerbank’ yang setiap satu berkuasa 10,000 mAh.

    “Pam model ini mempunyai kapasiti balang madu tiga liter. Semua model pam menggunakan sistem motor 12 volt dan dijual antara harga RM160 sehingga RM290.

    Beliau sudah mencipta tiga jenis pam penyedut madu kelulut yang diperkuat dengan motor berkuasa bateri, dan setiap satu dibezakan berdasarkan saiz balang bagi mengisi madu kelulut yang disedut. – Bernama
    Mohd Ismail Mohtar menunjukkan pam penyedut madu kelulut jenis Cute Portable Sling Pump dan Giant Portable Sling Pump (kanan) ciptaannya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. – Bernama

    Pengalaman mengusahakan ternakan lebah kelulut beberapa tahun lepas memberi idea kepadanya untuk mencipta pam penyedut madu yang mampu mempercepatkan proses pengambilan madu, selain mudah dikendalikan, dan pada harga mampu milik. – Bernama

    “Model yang guna lebih daripada satu motor, kuasa sedutan madunya lebah lebih kuat, tetapi pelanggan tidak perlu risau kerana setiap model ada jaminan enam bulan,” katanya yang berasal dari Klang tetapi kini menetap di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor, kepada Bernama.

    Bapa kepada tiga anak itu berkata proses pembuatan pam kini lebih pantas selepas beliau membeli dua mesin pencetak tiga dimensi (printer 3D) kira-kira dua bulan lepas, bagi menghasilkan ‘casing’ atau sarung untuk menempatkan motor pam madu kelulut dan ‘powerbank’.

    “Dengan adanya ‘printer 3D’ ini, kerja saya jadi lebih cepat. Saya boleh siapkan antara empat dan lima pam sehari dengan purata masa yang diperlukan untuk siapkan satu model pam antara empat dan lima jam,” katanya.

    Lebih mesra dengan panggil Mail, beliau berkata kerja-kerja menghasilkan pam dimulakan dengan melakar ‘casing’ menggunakan Google SketchUp di komputer, sebelum dimuat turun ke dalam kad mini penyimpanan data ‘SD card’ dan dimuat naik ke mesin pencetak 3D.

    “Mesin pencetak 3D akan menghasilkan ‘casing’ berdasarkan lakaran yang dibuat dan proses ini mengambil masa empat jam dengan menggunakan plastik filamen yang dicairkan oleh mesin itu sebelum dibentuk secara automatik,” katanya.

    Beliau berkata antara kelebihan pam itu adalah ia mudah, ringan dan selamat digunakan, iaitu dengan hanya menyilangkan tali yang disediakan pada bahu sepanjang proses menuai madu kelulut.

    “Tidak perlu risau untuk bergerak dari satu lot madu ke lot madu lain. Pam ini mudah alih sebab binaannya ringkas, manakala bateri ‘powerbank’ pula bertahan tiga jam untuk semua model,” katanya.

    Mohd Ismail berkata isterinya, Norhafizah Hanum Halim, 36, membantu dari segi promosi menerusi Facebook dan kumpulan aplikasi Whatsapp, selain menggunakan platform e-dagang Shopee untuk memasarkan produknya sejak 2015.

    “Sehingga kini saya sudah hasilkan lebih 3,000 unit pam penyedut madu kelulut dan rata-rata pembeli adalah pengusaha madu kelulut tempatan termasuk dari Brunei. Insya-Allah, dengan harga berpatutan dan kualiti yang memuaskan, saya harap dapat meluaskan lagi perniagaan ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...