Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Inovasi teknologi mampu atasi krisis kebuluran

    NEW YORK, 13 SEPT – Bill Gates berkata krisis kebuluran global adalah amat besar sehingga bantuan makanan tidak mampu mengatasi masalah tersebut.

    Apa yang juga diperlukan, menurut Gates, adalah jenis inovasi dalam teknologi perladangan yang telah dibiayainya dalam usaha untuk mengatasi krisis seperti yang didokumenkan dalam laporan yang disiarkan hari ini oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates.

    Gates merujuk terutamanya kepada kejayaan cemerlang ‘benih ajaib,’ tanaman yang dihasilkan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan iklim dan yang mampu melawan haiwan perosak pertanian.

    Yayasan Gates hari ini juga mengeluarkan peta model bagaimana perubahan iklim berkemungkinan menjejas penanaman tanaman di pelbagai negara dan menekankan keperluan terdesak melaksanakan tindakan bersepadu.

    Dalam usaha mengutamakan peranan teknologi dalam mengatasi krisis makanan dunia, Gates berselisih pendapat dengan pengkritik yang mengatakan ideanya bercanggahan dengan usaha di seluruh dunia untuk melindungi alam sekitar. Mereka berkata benih sedemikian memerlukan racun perosak dan baja berasaskan bahan fosil untuk membesar.

    Pengkritik juga berkata pendekatan Gates tidak mengatasi krisis tersebut. Membangunkan ‘benih ajaib’ mengambil masa bertahun-tahun dan tidak akan membantu negara yang mengalami penderitaan sekarang disebabkan mereka bergantung pada import makanan atau sedang mengalami kemarau melampau.

    “Harapan kami untuk 2030 nampak suram,” kata Gates, 66, dalam satu temu bual dengan The Associated Press. Namun beliau menambah, “Saya berasa optimistik kami boleh kembali ke landasan yang betul.” – AP

    Seorang lelaki membawa seguni tepung gandum yang diimport dari Turki di pasar Hamar-Weyne di ibu negara Mogadishu, Somalia pada 26 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...