Insentif kewangan untuk bercuti di Itali

ROM, 18 JUN – Itali telah mengumumkan butir-butir skim ‘bonus percutian’ baharu di mana keluarga berpendapatan rendah akan menerima 500 euro setiap keluarga untuk membantu memulihkan sektor pelancongan negara.

Kerajaan berkata ia memperuntukkan 2.4 bilion euro untuk keluarga yang memperoleh kurang daripada 40,000 euro setahun untuk menerima insentif kewangan untuk bercuti di Itali dan bukannya keluar negara. Pihak berkuasa percukaian Itali berkata dalam sepucuk surat lewat semalam bahawa bonus itu berjumlah 150 euro untuk satu keluarga, 300 euro untuk pasangan dan 500 euro untuk keluarga yang terdiri daripada tiga orang atau lebih.

Bonus itu boleh digunakan untuk membayar penginapan percutian di Itali di antara 1 Julai dan 31 Disember.

Pemohon akan menerima diskaun 80 peratus ke atas harga bilik hotel, sarapan atau penginapan sendiri dan boleh menuntut 20 peratus ke atas potongan cukai. – AFP