Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Insentif khas buat skuad Penyu

-

KUALA TERENGGANU, 26 NOV – Kerajaan Terengganu akan memberi insentif khas buat skuad Penyu sekiranya berjaya mara ke pentas ‘final’ seterusnya, menjulang trofi Piala Malaysia musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata meskipun Terengganu FC (TFC) bakal berdepan misi sukar menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail (SSI), Johor Baharu malam ini, namun beliau yakin dan percaya halangan itu dapat diatasi dengan semangat juang dan disiplin tinggi skuad Penyu.

“Bonus pada setiap kemenangan itu sudah ada buat pemain, tapi jika mereka berjaya melangkah ke ‘final’ dan seterusnya menjulang trofi berprestij itu, kerajaan negeri akan beri imbuhan sebagai penghargaan kepada pemain.

“Semua rakyat Terengganu menaruh harapan tinggi agar skuad Penyu dapat membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Darul Iman kali ini selepas kali terakhir pada 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini. Terengganu yang dibimbing oleh Ketua jurulatih Nafuzi Zain bakal berdepan JDT bagi perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di SSI, malam ini.

Bagaimanapun berbekalkan keputusan seri 1-1 dengan JDT pada pusingan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Isnin lepas, laluan Terengganu ke peringkat akhir dilihat agak sukar kerana kelebihan jaringan di tempat lawan memihak pada skuad Harimau Selatan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -