Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Insiden ditampar, ibu Chris Rock akhirnya buka mulut

    Selepas lama mendiamkan diri, ak-hirnya ibu kepada pelawak Chris Rock iaitu Rose membuka mulut mengenai insiden anaknya ditampar oleh pelakon Will Smith di pentas Anugerah Oscar pada Mac lalu.

    Memetik laporan Hollywoodlife, Rose memberitahu dia dan seluruh keluarga terkesan dengan tindakan Will terhadap Chris.

    Malah wanita berusia 77 tahun itu turut menganggap Will seperti menyakiti dirinya juga.

    “Saya beritahu seseorang, bila Will tampar Chris, dia seperti menampar kami semua, tapi dia benar-benar seperti menampar saya.

    “Bila awda menyakiti anak saya, ia seperti menyakiti saya juga,” katanya.

    Bagaimanapun, Rose tetap berbangga dengan cara anaknya dapat mengawal situasi yang berlaku di pentas anugerah berprestij itu yang ber-siaran secara langsung.

    Sebelum ini, Will Smith bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Chris Rock ketika siaran langsung Anugerah Oscars 2022 mengejutkan ramai pihak.

    Situasi mengejutkan itu berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith iaitu pelakon Jada Pinkett yang tiada rambut.

    Bagaimanapun, Smith mengambil langkah memohon maaf secara terbuka kepada Chris Rock menerusi laman Instagram miliknya dan menganggap tindakannya itu dilakukan mengikut emosi. – Agensi

    Ibu Chris turut terkesan dengan insiden anaknya ditampar Will Smith. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...