Insiden letupan bom, 10 cedera

PATTANI, 16 JULAI – Sepuluh orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 5:30 petang semalam, sebutir bom buatan sendiri seberat 15kg, diaktifkan dengan walkie-talkie meletup di Jalan Panare-Sai Buri, Pattani.

Ketua Polis Panare, Pol. Kol Liab Promchan berkata bom itu menyasarkan enam anggota renjer yang sedang menjalani rondaan dengan menaiki tiga buah motosikal.

“Letupan bom itu mencederakan enam anggota renjer, empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi. – Bernama