HYDERABAD, INDIA, 14 OKT – Beberapa rumah runtuh di bandar Hyderabad selatan India akibat hujan lebat dan banjir besar, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang, kata polis hari ini.
Sementara itu empat lagi dimasukkan ke hospital selepas tembok penghadang sebuah ladang menghempap rumah berhampiran, kata pegawai polis Gaja Bhopal Rao.
Rumah pertama yang runtuh di Hyderabad terletak di kawasan berbukit, di mana ia dipercayai runtuh akibat tanah susur selepas hujan lebat turun dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Pesuruhjaya Polis Anjani Kumar.
Insiden itu telah menyebabkan lapan orang terbunuh.
Lima lainnya lagi terbunuh dalam dua runtuhan rumah di bandar itu, kata Kumar. Sementara dua lagi dihanyutkan air deras akibat banjir tersebut.
Kebanyakan kawasan dataran rendah di kota itu telah ditenggelami air, di mana pihak berkuasa terpaksa menggunakan kapal untuk memindahkan penduduk.
Lebih daripada 9.6 juta orang di seluruh Asia Selatan telah terjejas oleh banjir teruk tahun ini, dengan ratusan ribu orang berjuang untuk mendapatkan makanan dan ubat-ubatan. – AP