Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Insiden tembakan di pusat beli-belah, 3 maut, 4 cedera

    BANGKOK, 3 OKT – Sekurang-kurangnya tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok hari ini.

    Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan), Dr Yutthana Setthanan, mengesahkan bahawa mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.

    Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.

    Kejadian berlaku kira-kira pukul 4:20 petang (waktu tempatan), menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu ketakutan dan melarikan diri. Bangkok Post melaporkan bahawa unit tindakan khas polis Thailand telah bertindak untuk mengesan suspek.

    Suspek cuba melarikan diri ke sebuah hotel berhampiran dan polis bertindak mengepung hotel berkenaan, sebelum suspek menyerah diri kira-kira pukul 5:10 petang. – Bernama

    Ambulans menunggu di luar Siam Paragon Mall di Bangkok sementara pengunjung bergegas keluar kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...