BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) telah memperkenalkan promosi makanan terbarunya yang diinspirasikan daripada trend makanan di California, tempat asal francais berkenaan.
Hidangan-hidangan baru berkenaan adalah The Californian Burrito yang akan dapat diperolehi dalam pilihan ayam, daging atau vegetarian, Beef Pizza Boat dan Black Pepper Beef Pizza yang boleh didapati di cawangan terpilih CBTL di Supa Save Mata-Mata, Times Square dan Supa Save Seria.
CBTL dalam kenyataannya menjelaskan, Black Pepper Pizza adalah piza berbentuk cincin yang diisi dengan daging dan sos lada sulah buatan sendiri yang disajikan dengan salad segar di tengah-tengahnya.
Pizza Boat pula bagi peminat keju, yang mana ia diperbuat menggunakan daging cincang, sos tomato dan ditutupi dengan keju mozarela dan cheddar.
Serupa dengan Mexican Burritos, The Californian Burritos dihasilkan dengan kentang jejari daripada nasi tradisi Mexico dan dibaluti dengan sayuran campur, sos tartar buatan sendiri dan keju guacamole dan mozarela.
Setiap burrito dihidangkan dengan kentang tambahan dan salad sampingan.
Selain itu, CBTL juga telah memperkenalkan, minuman Coconut Affogato Ice Blended bagi peminat kopi dan African Sunrise Ice Blended atau latte bagi peminat teh yang terdapat di kesemua cawangannya termasuk Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan Kementerian Kesihatan bagi tempoh terhad.