DUBLIN, 19 OKT – Agensi perlindungan data Ireland sedang menyiasat Instagram susulan kebimbangan berhubung bagaimana platform sosial perkongsian imej mengendalikan data peribadi kanak-kanak, kata jurucakap hari ini.
Suruhanjaya Perlindungan Data (DPC) telah memulakan dua siasatan ke atas bagaimana firma AS itu – dimiliki oleh Facebook – menguruskan data peribadi di bawah umur 18 tahun.
Siasatan pertama akan ‘memeriksa sama ada Facebook mempunyai asas undang-undang bagi pemprosesan berterusan data peribadi kanak-kanak dan jika ia menggunakan perlindungan mencukupi,” menurut kenyataan DPC.
Yang kedua akan menguji ‘kesesuaian’ profil Instagram dan tetapan akaun bagi kanak-kanak dan memeriksa ‘tanggungjawab firma untuk melindungi hak perlindungan data kanak-kanak sebagai orang yang mudah terdedah’.
Kedua-dua siasatan itu telah dicetuskan oleh aduan-aduan yang mengatakan ‘mengenal pasti kebimbangan berpotensi…yang memerlukan pemeriksaan selanjutnya,” kata DPC.
Siasatan tersebut juga dijalankan di bawah Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR) – piagam hak data EU yang berkuat kuasa pada Mei 2018. – AFP