Instagram kawal risiko kesihatan mental remaja

SAN FRANCISCO, 15 SEPT – Instagram semalam mempertahankan dirinya terhadap laporan yang mengatakan rangkaian sosial itu menjejaskan kesihatan mental remaja perempuan, berkata ia merancang tidak mempromosi berita palsu mengenai tubuh badan cantik.

Ketua dasar awam Instagram, Karina Newton menangkis laporan Wall Street Journal yang memetik penyelidikan Facebook menunjukkan perkhidmatan foto Instagram memberikan kesan besar ke atas orang muda, terutamanya golongan remaja.

“Penyelidikan mengenai kesan media sosial ke atas kesejahteraan orang adalah bercampur, dan penyelidikan kami sendiri mencerminkan penyelidikan luaran,” kata Newton dalam blog.

“Apa yang paling penting sekarang adalah bagaimana orang menggunakan media sosial, dan keadaan mental mereka apabila mereka menggunakannya.”

The Journal melaporkan Instagram tidak menyiarkan risiko ke atas jutaan remaja yang berkomunikasi setiap hari, terutamanya apabila ia membabitkan perasaan malu mengenai tubuh badan mereka setelah melihat apa yang dianggap sebagai cantik dalam imej di platform.

“Isu seperti perbandingan sosial negatif dan kemurungan wujud di dunia, maka mereka juga akan wujud di media sosial,” kata Newton.

Penyelidikan dalaman mengatakan remaja menuduh Instagram menambah kerisauan dan kemurungan, menurut Journal. Instagram telah berusaha mengatasi masalah buli, bunuh diri, mence-derakan diri sendiri dan gangguan pemakanan yang didedah di platform itu, kata Newton. – AFP