Instagram sembunyi ‘likes’ daripada lebih ramai pengguna

SYNDEY,18 JULAI – Instagram mula menyembunyikan ‘likes’ di platformnya di Australia, Brazil dan beberapa pasaran utama lainnya hari ini, mengatakan ia mahu mengurangkan tekanan ke atas pengguna, susulan kritikan mengenai impaknya ke atas kesihatan mental.

Percubaan perubahan dijalankan gergasi media sosial milik Facebook itu bermakna pengguna dalam enam negara tidak lagi akan dapat melihat jumlah likes yang diterima oleh pos orang lain.

“Kami mahu Instagram menjadi tempat di mana orang ramai merasa selesa menyuarakan mengenai diri mereka,” kata pengarah dasar Facebook Australia dan New Zealand, Mia Garlick dalam satu kenyataan.

“Kami berharap percubaan akan menghapuskan tekanan bagaimana banyak likes sesebuah pos itu diterima, jadi anda boleh menumpukan berkongsi perkara yang anda suka.”

Australia, Itali, Ireland, Jepun, Brazil dan New Zealand terlibat dalam percubaan baharu itu yang menyusul satu percubaan awal dilancarkan di Kanada dalam Mei. – AFP

Gambar fail diambil pada 2 Mei 2019 menunjukkan logo Instagram di skrin sebuah telefon pintar di Nantes, barat Perancis. Instagram mula menyembunyikan tanda ‘likes’ di platformnya di Australia, Jepun dan beberapa pasaran utama hari ini bagi mengurangkan tekanan ke atas pengguna, susulan kritikan mengenai impak platform itu ke atas kesihatan mental. – AFP