Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Instagram Yonnyboii tiba-tiba kosong

    Tindakan penyanyi Yonnyboii memadam semua foto di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

    Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, juga dilihat memadam kesemua gambar bersama isteri iaitu Nik Nazira Narriman yang pernah dikongsikan dengan peminat sebelum ini.

    Menerusi perkongsian mStar, susulan itu timbul pelbagai spekulasi tentang tindakannya itu termasuk status rumah tangganya dengan Nik Nazira, 24 tahun.

    Menjelaskan perkara itu, syarikat pengurusan Universal Malaysia memberitahu Yonny berada dalam keadaan baik dan memohon diberi ruang seketika sebelum kembali aktif dalam karier seni.

    “Insya-Allah Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang.

    “Sampai masa nanti, Yonny akan muncul dan kembali semula,” kata wakil syarikat berkenaan iaitu Anne Mukhtar.

    Kali terakhir, Yonny muncul dengan single baharu berjudul Flas & Dash, kolaborasi bersama Guccismith yang mencapai 200,000 tontonan di YouTube.

    Pada Julai lalu, Yonny memaklumkan isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama di sebuah hospital di Petaling Jaya. – Agensi

    Yonnyboii mahu diberi ruang untuk menenangkan diri. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...