Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    IN:STALL Ramadan kembali lagi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – IN:STALL Ramadan yang dihoskan oleh Futurebrands Group kembali lagi buat kali kedua di Plaza 2, One Riverside bermula hari ini sehingga 29 April nanti.

    Menurut kenyataan yang diberikan, acara pop-up market itu mendapat sokongan daripada Pelancongan Brunei, Insurans Islam TAIB, One Riverside dan Progresif Cellular Sdn Bhd.

    Acara itu bermatlamat untuk menanam semangat komuniti dengan menyediakan platform bagi usahawan dan artisan tempatan menampilkan produk dan perkhidmatan mereka, serta mengetengahkan jenama runcit tempatan dan serantau yang terbaik. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang akan melibatkan pelanggan dalam pengalaman membeli-belah yang luar biasa dan akan menampilkan jenama seperti Bellary Nature, Wonderlab, Saba Modest, Xander Kloths, Chasing Lifestyle, Shawn Box, Eats Hot, Studio Yellow House dan banyak lagi.

    Futurebrands ialah syarikat berkonsepkan pop-up event yang memfokuskan pada gaya hidup mampan dan sifar sisa sekali gus menyokong usahawan tempatan dan menyediakan platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

    Antara produk yang ditampilkan semasa acara IN:STALL Ramadan di One Riverside yang bermula kelmarin sehingga 29 April nanti. – Gambar serahan Futurebrands
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...