Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Insurans Islam TAIB hulur sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Demi menyokong Kempen Sumbangan Peranti yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITH) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd (IITFT) dan Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd (IITGT) telah menyumbangkan komputer riba dan data.

    Sebanyak 20 unit komputer riba bernilai $13,360 dan data bernilai $3,240 telah disampaikan oleh Pengarah Urusan IITH, Hajah Nornaimah binti Haji Zainip kepada Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, hari ini.

    Menurut kenyataan yang diberikan, sumbangan berkenaan bertujuan untuk membantu meringankan beban pelajar kurang berkemampuan dengan membolehkan mereka meneruskan pembelajaran dari rumah, ketika menghadapi gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara ini.

    Hajah Nornaimah menyampaikan sumbangan kepada Awang Mohammad Norilham semasa majlis yang berlangsung di Jabatan Pendidikan Kokurikulum kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...