Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Insurans Islam TAIB sertai Hari Insurans dan Takaful 2017

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd melalui Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd dan Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd akan menyertai Hari Insuran dan Takaful 2017 di ruang Atrium, The Mall, Gadong pada 18 Oktober ini.

    Pada acara itu, syarikat-syarikat Insurans Islam TAIB Holdings akan menyebarluaskan perkhidmatan terbaru Car Accidents Respond Services (CARS) dan perkhidmatan bantuan jalan i-CARE, produk Family Takaful dan pelbagai lagi produk insurans yang ditawarkannya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu hari ini, acara itu juga bertujuan meningkatkan literasi kewangan dan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan insurans bagi orang ramai.

    Pada acara itu nanti, kedua-dua syarikat mengingatkan orang ramai untuk mengambil masa berbincang bersama wakil syarikat dan mencari produk-produk yang boleh menyelamatkan diri dan keluarga pada waktu yang tidak diduga dan memastikan sentiasa dalam perlindungan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda