Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Intan enggan diheret kontroversi jelik

    Biarpun masih hijau dalam belantara seni, namun sudah tidak terhitung tempias kontroversi melingkari pelakon bertubuh genit, Intan Najuwa, 27.

    Sebelum ini, nama Intan ‘bergegar’ apabila dipanggil polis sebagai saksi perbicaraan kes dadah pada 2018 sehingga menimbulkan salah faham segelintir pihak yang menganggapnya mengambil bahan terlarang.

    Pada tahun sama, keputusan mengikat tali pertunangan dengan lelaki berusia berstatus usahawan sekali lagi memanaskan nama pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor itu sehingga dituduh ‘mata duitan’.

    Tidak terhenti di situ, Intan yang mula melonjak menerusi drama Kekasih Paksa Rela menimbulkan satu lagi kontroversi apabila foto didukung aktor bertubuh sasa, Zul Arifin ketika penggambaran drama Setelahku Dimiliki menjadi tular.

    Aksi panas itu dianggap kurang manis dan tidak bersesuaian dengan status tunangan orang. Namun, ikatan pertunangannya tidak bertahan lama apabila Intan mengumumkan hubungan terlerai, dua tahun kemudian.

    Intan lebih gemar mengunci mulut kerana mengingati pesan ibu untuk berdiam diri apabila diheret kontrovosi. – Agensi

    Barangkali semakin matang dan memahami sepak terajang dunia seni, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid kini tidak lagi terkait dengan kontroversi jelik.

    Tanpa berselindung, Intan berkata, dia lebih gemar mengunci mulut kerana mengingati pesanan ibu untuk berdiam diri apabila diheret kontroversi.

    “Saya lebih gemar mengabaikan benda negatif dan toksik daripada mempengaruhi fikiran. Saya tak suka fikirkan perkara yang buruk-buruk kerana hidup harus diteruskan.

    “Jika melatah, mungkin keadaan akan menjadi bertambah buruk. Lagi pula, jika membuat kenyataan dalam keadaan marah, secara tidak sedar kita berpotensi mengeluarkan ayat tidak sepatutnya. Jadi, lebih baik saya mendiamkan diri dan membiarkan segala-galanya bagaikan angin lalu,” katanya kepada BH Online.

    Intan yang kini membintangi drama bersiri, Jesnita terbitan Zeel Production berkata, dia tidak pernah bimbang dengan kontroversi kerana keluarga tahu segala-gala mengenai dirinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...