Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Intan Najuwa masuk hospital?

    Selepas tiga hari diserang penyakit gastritis atau gastrik, akhirnya pelakon Intan Najuwa terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan baru-baru ini.

    Gara-gara penyakit gastrik teruk itu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid memberitahu degupan jantungnya turut menjadi laju.

    Kata pelakon berusia 25 tahun itu, dia berkemungkinan diserang penyakit gastrik itu disebabkan tekanan selain pengambilan kafien berlebihan.

    “Sekali lagi dan sekali lagi. Saya tak mampu nak lakukan ini lagi. Sudah tiga hari. Saya diserang sakit gastrik yang sangat teruk dan jantung berdebar-debar.

    “Ia disebabkan tekanan dan terlalu banyak kafien,” kata Intan.

    Intan mungkin kurang rehat disebabkan banyak kerja. – Agensi

    Pelakon drama siri Tak Sempurna Mencintaimu itu berkongsi keadaan dirinya menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu.

    Bagaimanapun usaha wartawan  untuk mendapatkan kepastian mengenai keadaan Intan masa kini gagal apabila aktres itu gagal dihubungi.

    Dalam pada itu, Intan tidak menolak kesibukan bekerja sambil belajar menyebabkan tahap kesihatannya terganggu.

    “Mungkin juga disebabkan terlalu banyak bekerja, belajar, terus tumbang macam ini,” ujarnya.

    Sekitar 2018, Intan pernah dimasukkan ke wad di sebuah hospital untuk beberapa hari selepas mengalami tekanan darah rendah dan rehidrasi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...