Pelakon terkenal, Intan Najuwa akui terkejut saat menerima hadiah istimewa berupa seekor kuda daripada suaminya bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 baru-baru ini.
Menurut Intan, dia menjangkakan suaminya itu akan memberikan hadiah biasa yang selalu diberikan para suami lain namun tekaannya meleset.
“Hadiah itu memang satu kejutan dan saya tak tahu langsung. Tiba-tiba sahaja, dia sudah belikan seekor kuda. Sebagai perempuan, saya ada bertanya juga apa hadiah yang akan dia berikan kepada saya.
“Saya memang tak jangka langsung. Kebiasaannya, para suami akan hadiahkan bunga atau coklat. Sekali, itu yang dia berikan kepada saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Intan sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman 10 calon akhir Anugerah Telenovela yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Intan memaklumkan niat suaminya menghadiahkan seekor kuda yang diberi nama Tralala itu adalah sebagai permulaan untuk gaya hidup sihat.
“Saya tahu tujuan dia belikan seekor kuda untuk saya. Saya ini seorang yang agak malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Saya pun jarang bersenam.
“Apapun, saya sangat happy dengan hadiah tersebut. Rasanya ketika ini, kuda saya lagi popular daripada saya,” ujarnya lagi. – Agensi
