Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Integrasikan prinsip kemapanan dalam strategi perniagaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Sebagai sebuah bank Islam, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) memenuhi kehendak Maqasid Shariah yang merupakan sebahagian daripada DNAnya.

    Dalam hubungan itu, Pelan Tindakan dan Rangka Kerja Kemapanan BIBD adalah berakar umbi dalam nilai-nilai Maqasid Shariah serta sejajar dengan komitmen global Brunei bagi UN SDG dan Net Zero 2050.

    “Kami komited untuk menerima pakai prinsip kemapanan dalam strategi perniagaan keseluruhan kami di bawah tiga tunggak iaitu Perlindungan Alam Sekitar, Keusahawanan Bertanggungjawab dan Impak Sosial Inklusif.

    “Menerusi komitmen sasaran $2 bilion ke arah pembiayaan kemapanan menjelang 2030, BIBD berharap untuk menerajui dan menggalakkan amalan-amalan mampan dan kemapanan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta korporat Brunei,” jelas Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman dalam kata alu-aluannya di Finale Forum SME360 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Beliau menambah, sebagai rakan kongsi dalam perkembangan, BIBD telah menyokong pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kempen kesedaran dan pendidikan perubahan iklim, aktiviti membersihkan alam sekitar serta mempromosi inisiatif tanpa beg plastik.

    Hajah Noraini semasa menyampaikan ucapan pada Finale Forum SME360 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
    Antara yang menghadiri Finale Forum SME360 berkenaan.

    Pada masa yang sama, BIBD juga melengkapkan usaha itu melalui aktiviti mereka sendiri seperti pelancaran Eco Festival dan Kempen Donate a Tree, yang dianjurkan oleh Sekretariat Perubahan Iklim Brunei dan disokong oleh BIBD sebagai sebahagian daripada Minggu Tindakan Iklim, Brunei MYCE 2022 di BIBD Connects di Taman Mahkota Jubli Emas, baru-baru ini.

    Hajah Noraini dalam kata alu-aluannya turut menyentuh mengenai peranan PMKS dalam agenda kemampanan di mana untuk mengintegrasikan amalan serta prinsip kemampanan dengan jayanya, PMKS perlu memahami peluang-peluang yang muncul serta relevan kepada mereka.

    Beliau berkata pada setiap forum, tema pembangunan yang lebih kukuh dan lebih mampan), sentiasa menekankan bahawa tindakan oleh perniagaan, klien korporat serta individu adalah amat penting untuk memastikan bahawa kita semua mewariskan sebuah planet yang boleh dihuni dan mampan kepada anak-anak kita, anak-anak mereka serta juga generasi masa hadapan. Oleh itu, BIBD melalui SME360 adalah komited untuk membantu dan mendidik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengintegrasikan prinsip-prinsip kemapanan ke dalam operasi harian dan strategi perniagaan mereka.

    “Lagipun, perniagaan yang paling kecil pun mampu memberikan impak terbesar, apabila diberikan peluang dan sokongan yang betul untuk berkembang,” tekannya.

    Mengulas mengenai SME360, Hajah Noraini berkata bahawa idea siri SME360 timbul pada Julai 2021 di tengah-tengah rancangan BIBD untuk menyebarkan kembali jenama itu setelah menyaksikan bagaimana perniagaan-perniagaan kecil tempatan berjuang untuk bertahan daripada kesan pandemik yang melumpuhkan itu.

    Maklum balas daripada forum itu adalah amat positif di mana lebih 91 peratus peserta forum menilai sesi berkenaan sebagai cemerlang atau melebihi purata serta 99 peratus yang dikaji berkata mereka melihat nilai dalam menganjurkan forum berkenaan sebagai sebuah acara kerap.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...