Intel beli aplikasi Moovit untuk tingkatkan kereta robotik

CALIFORNIA, 5 MEI – Intel telah membeli perkhidmatan perancangan pengangkutan, Moovit, sebanyak AS$900 juta dengan pembuat cip komputer terbesar di dunia sedang berusaha untuk bergerak ke hadapan dan membina kereta pandu sendiri.

Perjanjian tersebut diumumkan kelmarin dan telah memberi Intel satu peralatan untuk digunakan bagi syarikat itu dalam perlumbaan untuk mencipta teknologi yang diperlukan untuk membina teksi yang dapat mengangkut penumpang tanpa pemandu manusia.

Moovit, syarikat yang berusia lapan tahun yang berpangkalan di Israel, mereka aplikasi yang menyusun data dari sistem transit awam, perkhidmatan pengangkutan dan sumber lain untuk membantu 800 juta orang pengguna merancang cara yang terbaik untuk berjalan sekeliling. Intel merancang untuk menggabungkan Moovit dengan Mobileye, pakar kereta pandu sendiri yang dibeli oleh Intel pada 2017 sebanyak AS$15 bilion.

Sejak perjanjian tersebut, pendapatan Mobileye telah meningkat dari AS$210 juta pada 2017 kepada AS$879 juta pada tahun lalu.

Ini gambaran pertaruhan besar yang dilakukan pada pemanduan automatik oleh kedua syarikat teknologi utama, seperti syarikat sampingan Google, Waymo dan Apple, dan pembuat kereta seperti General Motors dan Toyota.

Intel telah membeli Moovit sebanyak AS$900 juta sebagai usaha untuk bergerak ke hadapan dan membina kereta pandu sendiri.- AFP

“Matlamat Intel adalah untuk mencipta teknologi yang boleh mengubah dunia dengan memperkayakan kehidupan setiap orang di dunia,” kata CEO Bob Swan.

Meskipun dengan peningkatan yang ketara, Mobileeye hanya memperoleh AS$72 bilion pendapatan tahunan Intel.

Intel telah memperoleh saham Moovit pada tahun 2018 ketika berada di antara sekumpulan pelabur yang menyuntik AS$50 juta sebagai permulaan.

Sejak ia bermula, Moovit telah mengumpulkan lebih dari AS$130 juta daripada kapital teroka dan pelabur lain.

Sektor ekonomi kini terjejas akibat krisis pandemik wabak COVID-19 yang telah mengorbankan ratusan ribu jiwa di seluruh dunia dengan pelbagai syarikat perekonomian kini bergelut untuk mencari jalan keluar bagi menangani kemerosotan dan penurunan penjualan dan permintaan akibat virus tersebut. Pelbagai usaha juga terus dijalankan agar perniagaan mereka dapat terus bertahan. – AFP