Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Intellian kerjasama dengan Speedcast penuhi permintaan satelit

-

PYEONGTAEK, KOREA SELATAN, 18 OGOS – Intellian, pembekal terkemuka dalam penyelesaian teknologi komunikasi satelit kalis masa depan, mengumumkan perjanjian kerjasama berbilang tahun dengan Speedcast, salah satu penyedia perkhidmatan komunikasi satelit terbesar di dunia.

Perjanjian bernilai jutaan dolar itu akan membolehkan Intellian dan Speedcast bekerjasama dalam memenuhi pelbagai permintaan pasaran dengan sambungan satelit yang kalis masa depan termasuk sektor maritim dan tenaga.

Kerjasama tersebut dimeterai ber-dasarkan kejayaan hubungan sedia ada antara kedua-dua organisasi dalam industri tenaga, maritim dan pelayaran komersial.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Intellian akan terus membekalkan peralatan kepada Speedcast sebagai pembekal pilihan dengan memastikan penghantaran yang memenuhi keperluan pelanggan walaupun terdapat kekangan rantaian bekalan yang tidak menentu.

Secara khususnya, peralatan ini merangkumi rangkaian portfolio penuh maritim Intellian, daripada model C700 hingga v240M/MT, serta sistem antena LEO, membolehkan Speedcast memenuhi permintaan setiap pasaran. Selain itu, Intellian akan menyokong penambahbaikan peralatan secara berterusan di seluruh lokasi pelanggan sedia ada Speedcast.

Ketua Pegawai Eksekutif Intellian dan Speedcast masing-masing menyatakan harapan kerjasama tersebut dapat menangani permintaan yang meningkat terhadap komunikasi satelit seluruh dunia. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -