Intelligent Wave perkenal penyelesaian baharu 

KUALA LUMPUR, 11 JUN – Intelligent Wave Inc (IWI) yang berpangkalan di Tokyo hari ini mengumumkan kejayaannya membangunkan dan melancarkan ‘Penyelesaian Pemantauan Aliran Internet Protocol (IP)’ untuk menangani isu dalam pemasangan IP pada kemudahan penyiaran.

Penyelesaian itu membolehkan sebilangan besar pemasangan pada pusat penyambung yang tidak dapat dicapai oleh rangkaian ‘switch mirror port’ sedia ada.

Ini dapat dilakukan menerusi penggunaan FPGA yang disediakan di dalam ‘Arista7130’ – peranti rangkaian disediakan oleh Arista Networks Inc, dan dengan hanya mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari paket dalam suis tersebut. – Bernama