Inter benam Juve, rapatkan jurang AC Milan

MILAN, 18 JAN – Inter Milan mengejutkan juara bertahan, Juventus 2-0 semalam untuk berkongsi mata dengan pendahulu Serie A, AC Milan sekali gus memberikan harapan kepada Inter untuk memenangi gelaran liga buat kali pertama sejak 2010.

Arturo Vidal menanduk masuk hantaran Nicolo Barella pada minit ke-12 untuk jaringan pertamanya di liga ketika menentang bekas kelabnya itu.

Barella menambah gol kedua tujuh minit selepas separuh masa kedua untuk Inter meraih kemenangan pertama ke atas Juventus sejak September 2016 dan menamatkan tujuh perlawanan tanpa kemenangan menentang Juve. Inter berkongsi 40 mata dengan AC Milan, yang melakukan perjalanan ke Cagliari esok, manakala Juventus tujuh mata di belakang di tangga kelima.

“Kami telah menunjukkan bahawa kami berjuang untuk Scudetto,” tekan Vidal, yang memenangi empat gelaran liga dalam beberapa tahun bersama Juventus.

“Itu adalah gol penting menentang pasukan terbaik di Itali. Kami kira kami akan dapat melangkah jauh lagi.”

Bagi jurulatih Inter, Antonio Conte, ia adalah kemenangan pertama dalam empat pertemuan menentang bekas kelab dibimbingnya yang membawa tiga kemenangan pertama dalam sembilan.

“Kami melakukan kesalahan, sejak awal,” kata Pirlo setelah kalah pertembungan pertamanya dengan bekas jurulatih Juventus.

“Kami terlalu pasif. Apabila anda kurang agresif, anda memaparkan diri anda pada pertandingan seperti ini.

“Kami terlalu penakut, kami takut dengan permainan, dari serangan Inter. – AFP

Reaks, Arturo Vidal dan Romelu Lukaku ketika meraikan jaringan gol pasukannya semasa perlawanan antara Inter dan Juventus semalam. – AFP