Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inter kumpul momentum

    ROM, 29 Jan – Inter Milan mencatatkan kemenangan ketujuh untuk memintas Lazio dan melonjak ke tangga keempat dalam persaingan Serie A selepas kemenangan selesa 3-0 ke atas Pescara.

    Pasukan terbawah Itali itu terjejas pada babak pertama ketika jaringan pemain pertahanan Danilo D’Ambrosio dan midfield Portugal, Joao Mario meletakkan pasukan Stefano Pioli itu mengawal permainan.

    Pemain penyerang Itali kelahiran Brail, Eder diturunkan dari bangku simpanan untuk melengkapkan kemenangan selesa dengan perlawanan berbaki 20 minit ketika Inter kembali berada di kedudukan teratas bola sepak Itali untuk terus menghimpun momentum.

    Sebaliknya, harapan Lazio bagi bola sepak Eropah musim depan mengalami kekecewaan apabila mereka tewas mengejut di gelanggang sendiri kepada Chievo.

    Jaringan Roberto Inglese pada minit ke-90, rembatan jarak dekat, menyaksikan pasukan dari utara itu mencatatkan tiga mata pada akhir perlawanan di Stadio Olimpico.

    Eder menjaringkan gol semasa menentang Pescara untuk perlawanan Serie A di San Siro kelmarin. - AP
    Eder menjaringkan gol semasa menentang Pescara untuk perlawanan Serie A di San Siro kelmarin. – AP

    Setelah berdepan dominasi Lazio, pasukan pelawat bertahan sepanjang lima minit masa tambahan untuk melakarkan kemenangan yang meningkatkan kekuatan diantara mereka dan persaingan zon penyingkiran.

    Bagi Lazio ia adalah kekalahan kedua berturut-turut selepas skuad kendalian Simone Inzaghi itu tewas kepada pendahulu Juventus pada hujung minggu lalu.

    Tiga pasukan teratas semuanya beraksi hari ini dengan juara Juventus membuat kunjungan ke Sassuolo yang memburu untuk bertahan dengan satu mata dan kelebihan satu perlawanan di berbanding Roma, yang berada di Sampdoria. Pasukan tangga ketiga, Napoli menghoskan Palermo dalam perlawanan lewat hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda