Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Inter mara final, lebur impian Milan

    MILAN, 20 APRIL – Lautaro Martinez menjaringkan dua gol ketika Inter Milan menewaskan saingan mereka, AC Milan 3-0 kelmarin untuk mara ke final Piala Itali, di mana mereka akan menentang sama ada Juventus atau Fiorentina.

    Perlawanan separuh akhir pusingan kedua adalah lebih dekat daripada jumlah gol yang dicadangkan tetapi Inter akhirnya menang dengan agregat selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama.

    Anak buah Simone Inzaghi akan menentang pemenang separuh akhir yang lain pada hari ini, di mana Juventus telah mendahului 1-0 selepas perlawanan pertama, di stadium Olimpico pada 11 Mei nanti.

    AC Milan kekal tanpa trofi utama sejak memenangi gelaran Serie A 2011 tetapi Scudetto masih menjadi rebutan musim ini.

    Pemain Stefano Pioli mendahului Inter dengan dua mata dalam carta liga walaupun penyandang juara mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

    Reaksi pemain Inter Milan selepas memenangi perlawanan kedua antara Inter Milan dan AC Milan di stadium San Siro, Milan, kelmarin. – AFP

    Hantaran lintang Matteo Darmian menemui Martinez dan pemain Argentina tersebut merembat bola voli ke sudut atas untuk menjaringkan gol ke-18nya musim ini dalam semua pertandingan.

    AC Milan akhirnya kembali menyerang balas sebelum separuh masa pertama tamat, dengan penjaga gol Inter, Samir Handanovic terpaksa melakukan usaha menyelamat daripada Rafael Leao dan Alexis Saelemaekers.

    Mereka hampir menyamakan kedudukan sekali lagi dua kali berturut-turut, lima minit sebelum separuh masa, ketika Ivan Perisic menepis bola keluar dari garisan dengan dadanya, sebelum percubaan Leao dihalang oleh Handanovic.

    Tetapi Inter terus melonjak untuk menggandakan kelebihan mereka dalam perlawanan, ketika Joaquin Correa menghantar bola ke arah Martinez, yang dengan tenang merembat masuk ke arah penjaga gol, Mike Maignan.

    Milan memulakan separuh masa kedua dengan baik, dengan pertahananmemberikan halangan kepada percubaan Brahim Diaz, Olivier Giroud dan Pierre Kalulu.

    Pendahulu Serie A itu menyangka bahawa mereka telah memberi harapan pada minit ke-66 menerusi hantaran jarak jauh Ismael Bennacer. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...