Inter Miami tersingkir dari kejohanan MLS

ORLANDO, 21 JULAI – Kelab milik David Beckham, Inter Miami menjadi pasukan pertama yang tersingkir dari perlawanan permulaan semula Major League Soccer (MLS) semalam setelah mengalami kekalahan 1-0 ke atas New York City FC.

Gol pada separuh masa kedua dari pemain antarabangsa Libya, Ismael Tajouri-Shradi memberi harapan kepada New York untuk mara ke pusingan kalah mati selepas menyingkirkan Miami dari pusingan pertama dalam Kumpulan A di Orlando.

Pada perlawanan yang berasingan malam itu, Mauricio Pereyra menjaringkan gol pada minit ke-70 justeru membantu Orlando City SC memperoleh keputusan seri 1-1 dengan Philadelphia Union dan merebut tempat pertama Kumpulan A.

Dua pasukan teratas di kumpulan A berkongsi mata, namun, Orlando menduduki tempat pertama kerana perbezaan gol.

Inter Miami telah tewas lima perlawanan mereka di MLS pada musim pertama mereka, pasukan MLS pertama yang tewas dalam lima perlawanan.

“Kadang-kadang jalan adalah panjang dan anda perlu melepaskan lelah. Manchester United, Real Madrid, La Liga dan Liga Perdana Inggeris tidak dibina dalam sehari,” kata pemilik Miami, Beckham selepas kekalahan kelmarin. – AFP