Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Inter Milan gagal tewaskan Sassuolo

    MILAN, 21 FEB – Inter Milan terlepas peluang untuk merampas kembali puncak Serie A kelmarin selepas tumbang 2-0 di gelanggang sendiri kepada pasukan gergasi, Sassuolo yang membolehkan AC Milan mengekalkan kedudukan teratas.

    Jaringan separuh masa pertama daripada Giacomo Raspadori dan Gianluca Scamacca memberikan Sassuolo kemenangan mengagumkan di San Siro yang menyebabkan Inter ketinggalan dua mata di belakang Milan, yang telah membuka pintu kepada pesaing tempatan mereka dengan keputusan seri Sabtu lalu dengan pasukan bawah, Salernitana.

    Ia adalah kemenangan terbaharu untuk Sassuolo di salah satu daripada tiga pasukan besar Itali selepas turut menang di Milan dan Juventus musim ini.

    “Kami mencipta banyak peluang dan kami dibolosi jumlah yang berpatutan juga tetapi kami tahu kami mempunyai kualiti jadi kami berdepan dengan mereka,” kata jurulatih Sassuolo, Alessio Dionisi kepada DAZN.

    “Itulah yang kami mahu lakukan dan kami diberi ganjaran untuknya.”

    Mata kini berpihak kepada Napoli dalam persaingan kejuaraan tiga penjuru yang menarik apabila pasukan kendalian Luciano Spalletti, yang duduk satu mata di belakang Inter di tempat ketiga, boleh bergerak ke atas dengan perbezaan gol dengan kemenangan di Cagliari hari ini.

    Skuad kendalian Simone Inzaghi kehilangan pemain tengah, Marcelo Brozovic dan pemain pertahanan tengah, Alessandro Bastoni yang digantung serta kelihatan letih selepas kekalahan kepada Liverpool pada pertengahan minggu. – AFP

    Aksi Ivan Perisic bersaing untuk mendapatkan bola dengan Vlad Chiriches dalam perlawanan antara Inter Milan dan Sassuolo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...