Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

Inter perlu bersedia layan Barca

MILAN, 3 OKT – Inter Milan berada dalam krisis menjelang kunjungan Barcelona ke San Siro, yang dianggap aksi penting untuk menentukan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kekalahan di tempat sendiri Sabtu lalu di tangan Roma yang dibimbing bekas legenda Inter, Jose Mourinho menyebabkan skuad bimbingan Simone Inzaghi itu ketinggalan lapan mata dalam pemburuan gelaran Serie A dan menimbulkan kebimbangan mengenai cabaran pada musim ini.

Ia adalah kekalahan keempat dalam liga musim ini dan persediaan perlu dilakukan untuk perlawanan di San Siro, Selasa ini, apabila Inter dan Barca berebut tempat kedua dalam Kumpulan C.

Kedua-dua pasukan ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Bayern Munich dan pertembungan itu akan menyaksikan kemaraan mereka ke peringkat Eropah.

Malah, Bayern berpeluang cerah mara ke kelompok 16 terbaik apabila memiliki dua aksi menentang kelab tercorot, Viktoria Plzen.

Kekalahan akan menyebabkan Inter dan Inzaghi tersisih daripada objektif utama musim ini dan menimbulkan pandangan serong terhadap jurulatih itu, walaupun kelab memberi jaminan jawatannya tidak berisiko.

Inter kini mengalami jumlah kekalahan sama dengan keseluruhan musim lalu, apabila mereka terlepas gelaran Serie A pada hari terakhir musim kepada seteru setempat, AC Milan. – AFP

Reaksi Simone Inzaghi semasa perlawanan bola sepak Serie A di antara Inter dan AS Roma di stadium Giuseppe-Meazza di Milan pada 1 Oktober 2022. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -