Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Inter raih tiket ke separuh akhir Piala Italia

MILAN, 1 FEB – Inter Milan mengadakan pertembungan separuh akhir Piala Itali dengan musuh ketatnya, Juventus selepas juara bertahan itu menewaskan Atlalanta 1-0 semalam.

Matteo Darmian menjaringkan gol tunggal 11 minit selepas separuh masa, rembatan rendahnya ke atas Juan Musso sudah cukup untuk membawa perlawanan sengit pada suku akhir di San Siro yang memihak kepada Inter.

Skuad kendalian Simone Inzaghi akan menentang Juventus atau Lazio pada separuh akhir dua leg April, kedua-dua pasukan itu akan berdepan di Turin esok.

Inter menewaskan Juventus pada perlawanan akhir musim lalu untuk mendapatkan Piala Itali kelapan mereka.

Undian lain akan diputuskan hari ini semasa Fiorentina menerima kunjungan Torino dan Roma mengalu-alukan Cremonese ke ibu negara Itali.

Inter mengharungi ujian getir dengan Atalanta yang merupakan saingan langsung untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Milan Skriniar digugurkan untuk perlawanan itu, yang hanya sempat bermain sejurus penutupan perpindahan pemain di musim sejuk Itali yang menyebabkannya terpaksa kekal di Inter sehingga musim panas.

Kapten Slovakia Skriniar akan pergi pada penghujung musim sebagai ejen percuma bagi Paris Saint-Germain. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -