Monday, November 28, 2022
31.8 C
Brunei

-

Interpol keluar notis merah ke atas pengasas kripto Korea

SEOUL, 26 SEPT – Interpol mengeluarkan notis merah ke atas pengasas mata wang kripto Korea Selatan yang dituduh melakukan penipuan AS$40 bilion sehingga menyebabkan kejatuhan syarikat, menurut pendakwa raya hari ini.

Awal bulan ini Mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap ke atas pengasas wang kripto itu, Do Kwon, 31, (gambar bawah-ANN/Korean Herald) yang berlepas ke Singapura sebelum kejatuhan syarikat itu pada Mei lalu.

Namun kedudukannya menjadi tanda tanya selepas Pasukan Polis Singapura mengatakan Kwon tidak ada di negara itu. Pendakwa raya Korea Selatan meminta Interpol meletakkannya dalam senarai notis merah dan mengarahkan Kementerian Luar di Seoul membatalkan pasportnya, dengan mengatakan bahawa Kwon kini berstatus ‘pelarian’.

“Interpol sudah mengeluarkan notis merah untuk Kwon,” kata seorang pegawai dari Pejabat Pendakwa Daerah Selatan Seoul kepada AFP, tanpa memberikan butiran lanjut. Di Twitter, Kwon menafikan dia kini melarikan diri, namun tidak mendedahkan kedudukannya.

Pendakwa raya juga mengeluarkan waran tangkap untuk lima individu lain, namun tidak dinamakan, yang dikaitkan dengan skandal ‘stablecoin’ TerraUSD dan token Luna.

Sistem Terra/Luna milik Kwon musnah pada Mei lalu, dengan harga kedua-dua token itu menjunam ke paras hampir sifar dan kejatuhan itu turut menjejaskan pasaran kripto yang lebih luas. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -