Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Interpol tahan 2,500 terbabit dalam operasi pemerdagangan manusia

    LYON, 6 NOV – Interpol melaporkan bahawa operasi polis antarabangsa selama enam hari bagi membanteras pemerdagangan manusia telah membawa kepada lebih 2,500 tangkapan dan lebih 3,000 mangsa diselamatkan hari ini.

    Operasi yang dikenali sebagai Liberterra II itu berlangsung dari 29 September hingga 4 Oktober dan merupakan operasi terbesar Interpol terhadap pemerdagangan manusia serta penyeludupan migran.

    Menurut Interpol, antara mangsa yang diselamatkan termasuk kanak-kanak yang dipaksa bekerja di ladang di Argentina, migran yang dieksploitasi di kelab malam di Macedonia Utara dan individu yang dipaksa mengemis di Iraq atau bekerja sebagai pembantu rumah di seluruh Timur Tengah.

    “Serbuan tersebut berjaya menyelamatkan 3,222 mangsa berpotensi pemerdagangan manusia dan mengenal pasti 17,793 pendatang tidak berdokumen,” katanya.

    Selain serbuan polis, pihak berkuasa turut mengukuhkan kawalan di sempadan strategik, memantau hampir 24,000 penerbangan serta menempatkan pegawai di kawasan tumpuan pemerdagangan dan penyeludupan, menurut organisasi tersebut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda