Intracorp bawakan vakum 3 dalam 1 Phillips SpeedPro

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Intracorp (B) Sdn Bhd selaku pengedar sah bagi Phillips telah melancarkan barisan terbaharu vakum tanpa wayar, SpeedPro yang mengetengahkan ciri-ciri inovatif untuk meningkatkan pengalaman pembersihan pengguna.

Menurut kenyataan yang diberikan Intracorp, tarikan utama vakum ini adalah pembersihan pantas dan berkuasa yang mana, dalam mod biasa, ia memberikan sehingga 50 minit pembersihan tanpa halangan. Mod turbo memberikan masa pembersihan pantas dan lebih kuat sehingga 20 minit.

Ia juga mempunyai fungsi unik dengan Philips SpeedPro Aqua mengetengahkan vakum tiga dalam satu dan fungsi tambahan mop bagi penyelesaian pembersihan lebih pantas. Fungsi vakum dan mop itu membolehkan pengguna membersihkan semuanya daripada bekas kasut di bilik tamu hingga kotoran di dapur dengan cepat.

Vakum ini juga direka untuk memenuhi keperluan dan keinginan pasangan muda yang mementingkan gaya.

Philips SpeedPro menampilkan reka bentuk moden dan minimalistik yang dipadankan dengan pilihan warna berani, memastikan pengguna menunjukkan gaya mereka di rumah.

Vakum tiga dalam satu Phillips SpeedPro yang diperkenalkan di Intracorp.