Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Orang ramai yang ingin untuk mendapatkan barangan elektrik rumah dengan harga yang berpatutan, kini boleh berkunjung ke cawangan jualan terbaharu Intracorp (B) Sdn Bhd yang menjual barisan produk elektronik pelbagai jenama seperti Samsung, Philips, Electrolux, Beko, KitchenAid, Mayer, Mistral, Akira dan Teac di kedai yang terletak di Delima Square, Kampung Delima Satu.
Cawangan jualan ketujuh Intracorp dirasmikan bersama oleh Pengurus Pemasaran Intracorp (B) Sdn Bhd, Lolita Carman Bito-on dan Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia Intracorp (B) Sdn Bhd, Anna Tay, hari ini.
Menurut Lolita, dewan pameran dan cawangan jualan terbaharu itu, merupakan kedai konsep terkini di mana ia mengetengahkan hala tuju mereka untuk lebih mendekati pelanggan serta untuk mengembangkan lagi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan memudahkan akses kepada pelanggan.
Beliau menambah dengan barisan produk peralatan rumah dan dapur daripada televisyen, alat audiovisual, peti sejuk, produk memasak dan penyaman udara, mereka memperluaskan lagi liputan produk mereka untuk memberikan kemudahan serta perkhidmatan yang terbaik bagi pelanggan mereka.
Pada masa yang sama, bersempena bermulanya Brunei Salebration hari ini hingga 31 Januari 2023, cawangan jualan terbaharu berkenaan juga mengadakan jualan pembukaan istimewa dengan menawarkan harga-harga yang menarik.
Cawangan itu juga mempunyai tawaran istimewa harian dan pada masa yang sama, mengadakan Kempen Go Big or Go Home di mana para pelanggan adalah layak untuk memenangi hadiah-hadiah lucky dip serta mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah.
Dengan keberadaan Intracorp di pelbagai lokasi, ia setentunya akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka kepada pelanggan dengan menyediakan produk nilai untuk wang bagi kediaman mereka serta juga menawarkan perkhidmatan lepas jualan yang efisien.