Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Intracorp buka cawangan baharu

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 28 MAC – Peruncit terkemuka bagi barangan elektrik dan perabot pengguna, Intracorp telah membuka cawangannya yang ke-8 di Pekan Seria dengan majlis pembukaan awalnya diadakan hari ini.

    Dahulunya sebuah dewan serba guna dan panggung wayang, Teater Marina Lama telah diubah menjadi bilik pameran baharu Intracorp, yang pertama seumpamanya untuk syarikat itu menampilkan reka bentuk konsep terbuka seperti yang ditonjolkan oleh Ketua Pemasaran, Lolita Carman Bito-on.

    “Konsep terbuka baharu ini sengaja direka sebagai kedai sehenti supaya pengunjung yang melangkah ke bilik pameran akan dapat dengan cepat mencari apa yang dicari sepintas lalu,” katanya, kerana hampir semua produk diletakkan di kawasan terbuka merentasi hampir 6,000 kaki persegi bahagian dalam bangunan itu.

    Antaranya ialah pelbagai produk dan perabot daripada jenama terkenal seperti Samsung, Philips, Electrolux, Beko, KitchenAid, Mayer, Mistral, Akira, Teac Products dan banyak lagi.

    Beliau juga menyatakan bahawa pembukaan awal itu juga bertepatan dengan Jualan Mega Brunei serta bulan Ramadan, dengan pelbagai promosi istimewa berjalan sepanjang bulan ini.

    Khusus untuk cawangan baru dibuka itu di Seria, ujarnya, mereka akan menjalankan promosi istimewa selama seminggu untuk produk dan perabot terpilih.

    Promosi lain yang berterusan termasuk Jualan Mega Brunei yang akan berlangsung sehingga minggu awal Mei, untuk Kempen Great Raya di mana pelanggan yang membuat pembelian akan layak untuk menyertai cabutan bertuah, dengan 35 hadiah akan diberikan dengan nilai keseluruhan $17,368.

    Kakitangan Intracorp ketika melayani seorang pengunjung, kelmarin.
    Cawangan baharu Intracorp di Seria.
    Pengunjung melihat lebih dekat barangan elektrik di cawangan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...