Intracorp perkenal Sudut Electrolux

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Dalam usahanya untuk memenuhi kehendak pasaran di negara ini, Intracorp (B) Sdn Bhd telah memperkenalkan Sudut Electrolux di Bilik Pameran Intracorp Megastore di Gadong hari ini.

Semasa pelancaran sudut tersebut, Pengurus Pemasaran, Lolita Carman Bito-on mengongsikan latar belakang produk baharu dalam senarai yang dibawakan oleh Intracorp ke pasaran Brunei.

Beliau menjelaskan, pelancaran sudut Electrolux yang khusus ini adalah untuk memberi keselesaan kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat lagi produk Electrolux sekali gus mengetahui ciri-ciri yang terdapat di setiap produk.

Electrolux merupakan produk jenama dari Sweden yang berpusat di Stockholm dan telah meraikan 100 tahun perniagaan mereka pada tahun 2019 selain, ia juga antara pemimpin pasaran bagi produk barangan dapur di 50 buah negara di dunia.

Antara produk Electrolux itu seperti mesin basuh, peti sejuk, penapis udara, pembasmian UV, produk masakan dan keperluan rumah lainnya.

Orang ramai yang berhasrat untuk menambah koleksi jenama elektronik mereka, tawaran harga istimewa untuk jenama Electrolux akan bermula esok bersama jenama yang lainnya.

Selain membawa produk berkualiti dengan harga yang berpatutan kepada pengguna, Intracorp (B) Sdn Bhd juga merupakan pembekal utama pelbagai jenama elektrik antarabangsa seperti Samsung, BEKO, Philips, Kitchenaid dan yang terkini, Electrolux.

Antara produk jenama Electrolux yang dibawakan oleh Intracorp ke pasaran negara.