Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Intracorp (B) Sdn Bhd hari ini telah merasmikan bilik pamerannya yang baharu di Kampung Jerudong.
Majlis perasmian berkenaan dihadiri oleh kakitangan Intracorp dan orang ramai khasnya pelanggan tetap Intracorp.
Bilik pameran baharu di tingkat satu berkenaan diubah suai dengan lebih banyak pilihan set perabot bilik tidur, set sofa, set meja makan dan banyak lagi.
Dengan pembukaan sebuah lagi bilik pameran berkenaan, Intracorp berhasrat untuk memberikan jenama kualiti terbaik dalam industri elektronik dan mewujudkan kehadiran perabot mewah dalam pasaran dan perabot berkualiti yang mampu milik.
Sempena perasmian itu, Intracorp memberikan promosi hebat untuk beberapa pilihan tilam dan hadiah percuma sementara stok masih ada dan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
