Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Intracorp tampil model baharu Samsung di Festival Korea

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Intracorp Sdn Bhd telah memperkenalkan beberapa model terbaharu Samsung yang sedia ada seperti TV QLED dan soundbar serta yang akan memasuki pasaran Brunei, semasa Festival Korea 2022 yang berlangsung di Times Square, bermula hari ini.

    Ketua Jualan dan Operasi Intracorp Sdn Bhd, Daniel Kwang ketika ditemui menyatakan bahawa beberapa model terbaharu Samsung akan berada di pasaran negara ini pada tahun ini.

    “Soundbar model HW-Q990B dan HW-S00B akan berada di pasaran negara ini dalam masa tempoh dua bulan akan datang,” kongsi beliau.

    Selain menerangkan mengenai keistimewaan soundbar itu, beliau turut mengongsikan ciri-ciri dan kehebatan TV QLED yang sudah berada di pasaran negara ini sejak April lalu.

    Festival Korea yang akan berlangsung hingga Ahad itu dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam dan menampilkan jenama-jenama terkemuka dari Korea di Brunei seperti Samsung, Kia, Hyundai dan banyak lagi.

    Daniel Kwang menerangkan antara model TV QLED dan soundbar terbaharu Samsung 2022 yang dipamerkan di petak Intracorp di festival tersebut.

    Intracorp Sdn Bhd selaku pengedar sah eksklusif Samsung di Brunei sejak 2013 telah dijemput untuk menyertai festival berkenaan.

    Bagi meraikan acara berkenaan dan sambutan 16 tahun nombor satu global Samsung bagi TV dan lapan tahun nombor satu bagi soundbar, Intracorp akan melanjutkan promosi potongan harga untuk beberapa model terpilih sehingga penghujung bulan ini. September ini.

    Pengurus Besar Intracorp, Vincent Tan dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa peranan TV telah berubah secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kemajuan teknologi dan perubahan dalam cara hiburan.

    “Dengan pembekal-pembekal perkhidmatan yang menawarkan sambungan berkelajuan tinggi di Brunei, ia telah memberikan pengguna pengalaman visual dan audio
    yang menakjubkan dengan barisan model baharu Samsung 2022,” jelasnya.

    Model barisan Samsung TV 2022 dilengkapi dengan ciri-ciri pintar dan bagi pengguna baharu pula berpeluang mengalami tontonan yang lebih baik dan lancar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...