Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Inul Daratista buat rawatan buang lemak

    Gara-gara pakaian lama tidak lagi muat, penyanyi dangdut Inul Daratista membuat lipolisis atau rawatan pelangsingan badan menggunakan sistem laser khas.

    Sama seperti semua wanita, Inul juga mahu kelihatan cantik dan langsing biarpun usianya sudah mencecah 43 tahun.

    “Keinginan wanita itu banyak sangat, semua wanita ingin cantik, badan kelihatan menarik dan bagus. Jalan penyelesaiannya sangat tepat bila datang klinik untuk lipolisis.

    “Seperti yang saya lakukan ini juga rawatan daripada doktor Hartono. Badan boleh jadi dalam keadaan baik tanpa perlu pengambilan ubat kurus.

    “Saya buat rawatan itu sebab memikirkan baju. Bandingkan lima tahun lalu dengan sekarang. Apa lagi pereka fesyen sekarang kan mahal nak buat baju.

    “Baju lama saya sudah tidak muat. Jadi, saya berusaha untuk diet, senaman, tapi tetap baju tak muat sebab lengan besar. Saya pernah ambil suntikan,” katanya.

    Sekadar info, lipolisis merupakan rawatan yang menyingkirkan lemak degil pada bahagian tubuh dengan menggunakan laser – Agensi

    Inul Daratista membuat lipolisis atau rawatan pelangsingan badan menggunakan sistem laser khas. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...