Inul Daratista kongsi foto katil mewah

Penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista berkongsi foto katil mewah yang memuatkan mereka tiga beranak untuk tidur sekali.

Menerusi foto di Instagram miliknya, Inul memberitahu katil itu bersaiz 400 X 400 dan cukup luas untuk tidur bertiga.

“Katil saya saiznya 400 X 400 dah macam padang bola.

“Boleh untuk bergusti dan lompat-lompat pun okay juga,” tulisnya.

Dalam masa sama, dia juga berkongsi sudah lama tidak bermesraan dan berpelukan dengan suaminya Adam Suseno ketika tidur.

Inul berkahwin dengan Adam Suseno pada tahun 1995 dan dikurniakan seorang anak lelaki Yusuf Ivander Damares, 12.

Dalam pada itu, perkongsian Inul turut menarik perhatian warganet yang kagum dengan keluasan katil penyanyi dangdut itu.

Malah ada yang berkata, jika ukuran katil itu sama luasnya dengan ukuran bilik mereka.

“Bilik aku sama luasnya dengan katil Inul,” kata @ririn_maxxx. – Agensi

Menerusi foto di Instagram miliknya, Inul memberitahu katil itu bersaiz 400 X 400 dan cukup luas untuk tidur bertiga. – Agensi