Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Inul Daratista minta kerajaan lanjutkan waktu operasi bisnes karaoke

    Penyanyi dangdut, Inul Darastista memohon kepada kerajaan Indonesia supaya melanjutkan waktu operasi pusat karaoke miliknya sehingga pukul 12 tengah malam.

    Menurut laporan Tabloid, Inul meluahkan pandangannya itu selepas kementerian berkaitan mengumumkan penghapusan ujian PCR dan RTK sebagai syarat perjalanan domestik.

    Mengakui gembira dengan pengumuman itu, Inul bagaimanapun berkata perniagaan hiburan keluarga seperti pusat karaoke juga harus diberikan kelonggaran operasi.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Goyang Inul ini turut berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan perniagaan berjalan sepanjang tempoh pandemik.

    “Saya berterima kasih kepada pemerintah sebab benarkan perniagaan beroperasi semula meskipun waktu terbatas.

    “Cuma hasil pendapatan tidak semaksimum sebabnya sewa kedai harus dibayar seperti biasa. Kami penyewa tiada pilihan untuk menolak. Sewa mall banyak undang-undang baharu mengenai pembayaran dan sebagainya,” katanya.

    Dalam pada itu, Inul juga meluahkan mengenai pembayaran gaji pekerja dan sewa kedai. – Agensi

    Inul Darastista memohon kepada kerajaan Indonesia supaya melanjutkan waktu operasi pusat karaoke miliknya sehingga pukul 12 tengah malam. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...