Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Inul Daratista, suami menginap di hospital teman anak demam denggi

    Penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista berkongsi perkembangan terkini anaknya, Yusuf Ivander Damares yang sudah lapan hari dimasukkan ke hospital akibat demam denggi berdarah.

    Menurut laporan Liputan6, Inul dan suami iaitu Adam Suseno dilihat menemani anak lelakinya itu di bilik wad sepanjang tempoh rawatan berkenaan.

    Inul berharap anaknya yang berusia 12 tahun itu dibenarkan pulang segera selepas mereka berdua berkampung di wad sejak lapan hari lalu.

    “Selamat pagi dari kami yang tidur macam ikan tengah beratur.

    “Bismillah sudah hari kelapan. Harap boleh pulang, mahu berehat di rumah saja, dah mahu gila di hospital sahaja,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

    Meskipun Yusuf masih belum pulih sepenuhnya, pasangan ini dilihat ceria bergurau senda dengan anak mereka di katil hospital. – Agensi

    Inul Daratista berkongsi perkembangan terkini anaknya, yang sudah lapan hari dimasukkan ke hospital akibat demam denggi berdarah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...