Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

ioCamper dengan aplikasi telefon pintar

-

PERKHEMAHAN tidak mungkin sama sekali, tetapi ia adalah sebuah karavan mudah alih yang dapat dilipat dan diletakkan di belakang van dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar.

Dipanggil ioCamper, itu merupakan hasil jurutera mekanikal Hungary, Tamas Laczko, yang datang dengan idea semasa merancang perjalanan perkhemahan bersama anaknya.

Struktur lipatannya berukuran 8 kaki x 4 kaki x 5 kaki yang dapat dimasukkan di belakang sebuah van bersaiz sederhana.

Apabila dibuka sepenuhnya ia mencapai empat kali saiz asalnya dan mempunyai ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur dan bilik mandi.

Terdapat juga empat katil lipat di setiap bilik, menjadikannya lebih sesuai bagi perjalanan sesebuah keluarga.

Ruang ini sepenuhnya dilengkapi denga penghawa dingin dan dikuasakan oleh panel solar yang diletakkan di atas bumbung.

Perekanya yang tinggal di Hungary, berkata: “Saya selalu menginginkan untuk memiliki sebuah karavan bagi menikmati kebebasan dengan keluarga saya. Idea ini juga tercetus semasa saya dan keluarga saya merancang untuk bercuti.

“Saya boleh sahaja menyewakan khemah atau karavan, tetapi saya memutuskan untuk mencipta sendiri karavan yang memiliki ruangan yang lebih selesa bagi percutian keluarga saya.

“Manfaat utama ioCamper adalah ia dapat dimasukkan ke dalam hampir semua van dengan hanya menggunakan pengawalan dari telefon pintar.

Tamas telah mengusahakan projek itu selama lebih dari dua tahun dan berkata ioCamper adalah kenderaan serba guna. Ia boleh didirikan di mana sahaja, malah boleh dijadikan sebagai sebuah apartmen mandiri.

Di dalamnya dilengkapi dengan air, lampu LED dan televisyen 23 inci yang juga boleh digunakan sebagai tempat pengawalan pelbagai tetapan dalaman.

“Mungkin anda ingin menjemput rakan atau ahli keluarga anda tetapi anda tidak mempunyai ruang yang cukup, jangan risau, dengan ioCamper, anda boleh meletakkannya di kawasan halaman dan ia boleh digunakan sebagai rumah tamu kecil.

“Menjual produk kami di seluruh dunia adalah satu tugas yang mencabar tetapi kami bersedia untuk berusaha untuk mencapai matlamat kami.”

ioCamper merupakan hasil idea jurutera mekanikal Hungary, Tamas Laczko, semasa merancang perjalanan perkhemahan bersama anaknya.
Tamas berharap projek yang diusahakannya itu dapat memasuki pasaran.
Artikel sebelum ini2 lagi syarikat didenda
Artikel seterusnyaPresiden NZL letak jawatan
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -